Jumaat, 29 Julai 2011

Majlis Doa Arwah dan Majlis Penghargaan Pemain-Pemain Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB

29hb Julai 2011, hari Jumaat -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Doa Arwah dan diselajurkan dengan Majlis Penghargaan Pemain-Pemain Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB pada 23hb Julai 2011, hari Sabtu di Restoran dan Khidmat Sajian Lamie, Sungai Tilong, Jalan Muara.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan bola jaring sekolah ini telah berjaya menjadi juara manakala pasukan bola sepak sekolah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A.

Maklumat lanjut tentang penyertaan pasukan SRTLDB dalam kejohanan tersebut boleh didapati melalui pautan berikut ini:


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  atas penyertaan para ibu bapa, staf sokongan, guru-guru Sekolah Ugama Tentera Laut Diraja Brunei dan para guru SRTLDB dalam pasukan bola sepak dan juga bola jaring SRTLDB dan seterusnya menyertai pertandingan yang telah diadakan pada bulan April hingga Jun 2011.





(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Isnin, 11 Julai 2011

Sambutan Memperingati Israk Mikraj

11hb Julai 2011, hari Isnin -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Israk Mikaj pada 9hb Julai 2011, hari Sabtu di Dewan SRTLDB.















(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul bin Janif)

Sabtu, 2 Julai 2011

Melawat Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan 2011

2hb Julai 2011, hari Sabtu -- Murid-murid Tahun 1, Tahun 3, Tahun 4, dan Tahun 5 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah melawat Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan yang diadakan di bangunan dan kawasan bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama. Lawatan ini berlangsung pada 30hb Jun 2011, hari Khamis.

Sebelum ini, murid-murid Tahun 2 telah melawat ke tempat yang sama pada 28hb Julai 2011, hari Selasa. Murid-murid Tahun 6 pula mengadakan lawatan pada 27hb Julai 2011, hari Isnin.








(Teks dan gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)