Isnin, 28 November 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 2011

28hb November 2011, hari Isnin –Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 2011 pada 26hb November 2011, hari Sabtu di Dewan SRTLDB.


Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Ustaz Khairul bin Janif dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Hajah Juzailah Wati binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB.

Cikgu Hajah Juzailah Wati menyampaikan hadiah dan sijil kepada Murid-Murid Tahun 6 yang telah lulus dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah PSR pada tahun ini (2011). Pada tahun ini, seramai 4 orang murid telah berjaya mendapat keputusan 5A. Kemudian diadakan penyampaian hadiah dan sijil bagi murid cemerlang bermula dari Tahun 5 hingga ke Prasekolah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada prefek-prefek SRTLDB bagi tahun 2011 sebagai tanda penghargaan atas tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh mereka dengan jujur dan tekun. Bagi tujuan ini, Cikgu Norasiah binti Haji Mohammad menyampaikan sijil kepada Mohammad Hadi Hafizul (wakil bagi prefek lelaki) dan Nur Izzati Karmila (wakil bagi prefek perempuan).

Pada tahun ini SRTLDB telah mengadakan pelbagai projek khas. Satu antara projek tersebut ialah Projek Banyak Membaca Buku Perpustakaan. Objektif projek ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid untuk minat membaca buku-buku dari perpustakaan sekolah. Seramai 10 orang murid telah terpilih untuk mendapatkan hadiah 10 orang teratas paling banyak membaca buku-buku perpustakaan pada tahun ini.

Sempena dengan majlis ini juga, SRTLDB telah menganjurkan pertandingan “SRTLDB Got Talent”. Dalam pertandingan ini, murid-murid berpeluang menunjukkan bakat masing-masing seperti tarian dan nyanyian. Sebanyak 7 kumpulan telah ikut serta. Peringkat saringan telah diadakan pada 23hb November 2011, hari Rabu. Hanya 5 kumpulan sahaja terpilih untuk memasuki peringkat akhir, iaitu: Chibi, Wali Gang, 2 NE 1, 3 Suara, dan Fabulous Navy Princesses.

Fabulous Navy Princesses yang mempersembahkan tarian telah berjaya menduduki tempat pertama. Wali Gang pula menduduki tempat kedua. Kumpulan ini mempersembahkan lagu ‘Aku Bukan Abang Toyyib’. Tempat ketiga disandang oleh kumpulan 2 NE 1. Kumpulan Chibi dan 3 Suara menerima hadiah sagu hati masing-masing. Hadiah disampaikan oleh Penolong Guru Besar SRTLDB.

Sebelum penyampaian hadiah bagi para peserta ‘SRTLDB Got Talent’, Penolong Guru Besar SRTLDB telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada kumpulan hadrah SRTLDB kerana kumpulan ini telah menjadi johan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke-35 pada tahun 2011.

Penolong Guru Besar SRTLDB sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang Tahun 2012.

Penolong Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Juzailah Wati binti Haji Johari.

Sijil Penghargaan kepada prefek-prefek tahun 2011.

Penolong Guru Besar SRTLDB sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang mewakili SRTLDB dalam Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Ke-35 Tahun 2011. Pasukan SRTLDB telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini.

Pemenang Kedua Peraduan "SRTLDB Got Talent"

(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul Azmi bin Rosli & Khairul bin Janif))

Khamis, 24 November 2011

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Akhir Tahun 2011

24hb November 2011, hari Khamis -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara mengadakan sesi menandatangani rekod kemajuan murid pada pagi tadi (24hb November 2011, hari Khamis) di Dewan SRTLDB.

Di samping itu, penjualan pakaian seragam rasmi sekolah dan pakaian sukan sekolah juga turut diadakan. Pakaian seragam ini juga akan dijual pada 26hb November 2011, hari Sabtu. Pada hari Sabtu ini juga akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang.










(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Sabtu, 19 November 2011

Program Orientasi bagi Murid-Murid Baru Prasekolah Tahun 2012

19hb November 2011, hari Sabtu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah memulakan Program Orientasi bagi Murid-Murid Baru Prasekolah Tahun 2012 pada pagi tadi (19hb November 2011, hari Sabtu) di Dewan SRTLDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Khairol bin Janif. Seterusnya, Guru Kanan Pentadbiran, Cikgu Norasiah binti Haji Mohammed (sebagai wakil Penolong Guru Besar) telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Taklimat kemudiannya disampaikan oleh Cikgu Dayang Latipah bintu Haji Budin, seorang daripada guru yang akan mengajar kelas Prasekolah pada tahun 2012. Persembahan murid-murid Prasekolah Tahun 2011 telah menyerikan majlis ini.

Setelah diadakan taklimat, ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah Tahun 2012 mendapatkan senarai buku-buku latihan dan alat-alat tulis yang perlu disediakan. Mereka jua mendapatkan buku-buku kerja bagi anak masing-masing.

Ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah Tahun 2012 juga turut dibawa melawat ke bilik-bilik Prasekolah dan juga bilik-bilik khas.

Program orientasi ini akan diteruskan lagi pada 21 (Hari Isnin) dan 22(Hari Selasa) November 2011.
















ATURCARA
Hari Kedua
21hb November 2011, hari Isnin

8.00am hingga 10.00am
Kehadiran murid-murid Prasekolah Tahun 2012
"Ice-breaking"
Aktiviti nyanyian/membacakan buku

10.00am hingga 10.30an
REHAT

10.30am hingga 11.30am
Kegiatan Luar Darjah (Sukan Mini)
Permainan Bebas Membaca Surah Al-Asr


Hari Ketiga
22hb November 2011, hari Selasa

8.00am hingga 10.00am
Kehadiran murid-murid Prasekolah Tahun 2012
Circle Time
Aktiviti mewarna
Bermain belon
Bercerita/menonton televisyen

10.00am hingga 10.30an
REHAT

10.30am hingga 11.30am
Bermain air dan pasir
Aktiviti bebas di sudut-sudut
Membaca Surah al-Asr

(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Program Jangkauan Kemasyarakatan 2011-2012 Sesi Kedua

19hb November 2011, hari Sabtu--Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Program Jangkauan Kemasyarakatan ('Community Outreach Program') Sesi Kedua pada petang tadi (19hb November 2011, hari Sabtu) di Bilik Taklimat SRTLDB.

Dalam sesi kedua program ini telah diadakan Bengkel Menghalusi Surah Al-Fatihah. Ustaz Khairol bin Janif telah menyampaikan tentang kepentingan bacaan Surah Al-Fatihah khususnya dalam sembahyang. Beliau juga menekankan antara kesalahan-kesalahan yang sepatutnya dielakkan ketika membaca Surah Al-Fatihah.

Sesi ketiga akan diadakan pada bulan Januari 2012. Tarikh yang sebenar akan dimaklumkan kemudian. Pada hari itu nanti, para peserta program akan belajar hukum tajwid 'Izhar'.

Ustaz Khairol bin Janif sedang menyampaikan kepentingan Surah Al-Fatihah. 
Tayangan slaid 'Keistimewaan Al-Fatihah'.
Para peserta program sedang memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah untuk disemak oleh pasangan masing-masing.
   (Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Khamis, 17 November 2011

Program Orientasi bagi Kanak-Kanak Baru Prasekolah Tahun 2012

17hb November 2011, hari Khamis -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei(SRTLDB), Muara akan mengadakan Program Orientasi bagi Kanak-kanak Baru Prasekolah Tahun 2012 pada 19(Sabtu), 21(Isnin), dan 22(Selasa) November 2011, jam 8.00am hingga 11.30am. Program ini akan diadakan di Dewan SRTLDB, Bilik Pra A dan Bilik Pra B.

Program yang dianjurkan oleh Komiti Prasekolah SRTLDB ini bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak dengan alam persekolahan yang baru agar mereka berasa selesa dengan suasana bilik darjah, persekitaran sekolah, pergaulan bersama guru-guru dan rakan-rakan mereka yang sama-sama baru memasuki alam persekolahan.

Untuk keteranga lanjut, sila hubungi guru-guru Prasekolah SRTLDB sesi Tahun 2012, iaitu: Cikgu Yusdiana binti Untong(Guru Pra A) dan Cikgu Dayang Latipah binti Haji Budin(Guru Pra B) atau pihak pentadbiran SRTLDB pada waktu persekolahan.

(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Naik Darjah, Menandatangi Rekod Kemajuan Murid, Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang bagi Tahun 2011 dan Penjualan Seragam Sekolah

17hb November 2011, hari Khamis -- Dengan penuh hormat serta takzim dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara akan mengadakan perkara berikut ini:

NAIK DARJAH
19hb November 2011, hari Sabtu


MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN
24hb November 2011, hari Khamis
Jam: 9.00am hingga 12.00pm
Tempat: Dewan SRTLDB

MAJLIS PENYAMPAIAN MURID CEMERLANG
26hb November 2011, hari Sabtu
Jam: 8.00am hingga selesai.
Tempat: Dewan SRTLDB.

PENJUALAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
24hb (Hari Khamis) dan 26hb (Hari Sabtu) November 2011
Jam: 8am hingga 12.00pm
Tempat: Tempat Perkumpulan Tertutup

Isnin, 7 November 2011

Program Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik (PPPS+M): Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi 2011 bagi Sekolah Rendah Brunei IIB

7hb November 2011, hari Isnin - Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi 2011 bagi Sekolah-Sekolah Rendah bagi Brunei IIB sempena Program Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik (PPPS+M) telah diadakan pada 1 dan 2 November 2011 di Dewan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.

Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi serta Pertandingan Explo-Maths telah diadakan pada 1 November 2011, hari Selasa. Pada 2 November 2011, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi bagi Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah Brunei IIB (JAPSER Brunei IIB) dan merupakan salah satu aktiviti dalam Program Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik yang diselaraskan oleh Pusat Kerjasama Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan. PPPS+M disokong oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.

Peserta dari Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei(SRTLDB), Muara telah berjaya menduduki tempat kedua bagi Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam Pertandingan Explo-Maths, peserta dari SRTLDB berjaya menduduki 3 tempat dalam 10 Teratas (Top 10) iaitu menduduki tempat Pertama, Kedua dan Keempat.

Tahniah!

Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Cikgu Haji Matali bin Matusop, Guru Besar Sekolah Rendah Tanjung Kindana dan juga Pengerusi JAPSER Brunei IIB.

Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis sedang dirakam menggunakan kamera video.

Tetamu Kehormat Majlis, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, Pemangku Pengarah  Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Guru-guru SRTLDB termasuk guru pengawas peserta Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi SRTLDB.

Cikgu Hajah Nurhapidzah binti Haji Hassan sedang menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat.









Berikut ini adalah dipetik secara terus daripada buku program majlis ini:

DESIGN AND TECHNOLOGY COMPETITION 2011
(For Year 4 Pupils)

Objectives

  • To enhance pupils' skills and knowledge for the newly implemented SPN21 Science Curriculum.
  • To emphasis on essential skills in communication skills and build pupils' awareness on the importance and relevance of Science and ICR skills in everyday life as well as emphasizing the scientific concepts presented.
  • To promote innovation and invention which is marketable from the early age.
  • To builb pupils' awareness on the importance of recycling materials.
Eligibility
  • The competition is only offered to Year 4 pupils from 13 primary schools in Brunei IIB.
  • Each school is to send ONE group of 5 pupils only.
  • Only ONE supervising teacher from each school allowed.
Assessment
  • Design a model using recyclable material (tin, can, bottle, etc) and non-living things material
  • Paint or colour
  • Document the design and technology project in a CD-ROM format from any presentation software such as Microsoft Powerpoint, Macromedia Flash or ActivStudio.
  • The role of teacher is as a facilitator i.e to guide their students in conducting the project.
Judging of Competition
  • A panel of judges appointed by the Committee will assess all entries. The decision of judges is final.
  • All entries will be judged on their: originality, scientific & significant value, clarity of project, presentation, and quality of project (marketable).


(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairol bin Janif)