Isnin, 21 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432 Hijrah

21hb Februari 2011, hari Isnin--Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432 Hijrah telah diadakan di Dewab Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB) pada 19hb Februari 2011, hari Sabtu.

Sebelum acara di dewan diadakan, guru-guru, staf sokongan, dan murid-murid berarak melalui jalan-jalan di kejiranan sekolah. Sambil berarak, murid-murid rendah atas membawa kad tayang yang mengandungi kata-kata pujian ke  atas Nabi Muhammad. Kad tayang yang dibawa adalah projek bagi mata pelajaran Ugama bagi Penggal 1 tahun ini. Guru-guru, staf sokongan dan murid-murid juga berselawat ke atas Nabi Muhammad sepanjang perarakan ini.

Di dewan sekolah, murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Awang Amin bin Haji Mohammad Yassin, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Ceramah kali ini menyentuh satu daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad iaitu amalan solat lima waktu.

Persembahan nasyid juga diadakan. Sebelum ceramah, nasyid disampaikan oleh murid-murid Tahun 5. Selepas ceramah,  nasyid disampaikan oleh murid-murid Tahun 6.

Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka menyampaikan hadiah kepada pemenang projek Sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Haji Shahrin bin Haji Mohammad Yussof, Ketua Guru Ugama SRTLDB.



























(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir & Khairul bin Janif)

Sabtu, 19 Februari 2011

Dasar Akademik dan Kokurikulum SRTLDB

LITERASI

  • Murid lepasan Pra Sekolah hendaklah boleh membaca ayat mudah.
  • Murid Tahun 3 hendaklah boleh membaca dan menulis jawi dengan betul.
  • Murid Tahun 3 hendaklah mahir membentuk huruf besar dan huruf kecil dalam tulisan rumi.
  • Murid lepasan Tahun 3 hendaklah boleh membaca dengan baik dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.
  • Murid lepasan Tahun 4 hendaklah boleh mengarang dan membina ayat dengan betul.

NUMERASI

  • Murid lepasan Pra Sekolah hendaklah boleh mengenal dan membentuk angka 1 hingga 10 dengan betul.
  • Murid Tahun 1 hingga Tahun 3 hendaklah boleh memahami dan menyelesaikan operasi campur dan tolak yang mudah.
  • Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 hendaklah boleh menyelesaikan empat operasi asas matematik dengan baik.
  • Murid Tahun 3 hendaklah boleh memahami nilai angka unit sehingga puluh ribu.
  • Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 boleh memahami nilai angka yang lebih tinggi dari puluh ribu.
  • Murid Tahun 3 boleh menyelesaikan masalah matematik berayat yang mudah.
  • Murid Tahun 4 hendaklah hafal sifir darab 1 hingga 12.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

  • Setiap murid Tahun 3 hendaklah boleh menggunakan komputer.
  • Setiap murid Tahun 4 hingga Tahun 6 hendaklah mahir menggunakan perisian MS Office.

PEMBERIAN KERJA RUMAH

  • Kerja rumah diberikan setiap hari mengikut jadual yang disediakan oleh Bahagian Akademik SRTLDB.
  • Ruang untuk tandatangan ibu bapa atau penjaga murid hendaklah disediakan bagi setiap kerja rumah.
  • Markah kerja rumah hendaklah dicatat dalam buku atau borang khas.

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR)

  • Mencapai peratus lulus 90% ke atas.
  • 10% murid mendapat 5 gred A.

KOKURIKULUM

  • Memberikan peluang kepada semua murid mengikuti program kokurikulum termasuklah mengikuti peraduan atau pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, kawasan, dan negara.

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Pengagihan Bendera Kecil Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2011

Hari Ulang Tahun
Sambutan Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam Ke-27
23 Februari 2011
"Negaraku Brunei Darussalam"

14hb Februari 2011, hari Isnin -- Majlis Pengagihan Bendera Kecil sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27 telah diadakan pada pagi tadi di tempat perbarisan tertutup Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara. Di samping pengagihan bendera kecil, pengagihan buku 'Hormati Bendera Negara' juga diadakan. Acara seperti ini juga turut diadakan di semua sekolah di seluruh negara.

Acara pada pagi tadi bermula pada pukul 8.15am dengan menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam sambil menyanyikan lagu kebangsaan 'Allah Pelihara Sultan'. Seterusnya, Ustaz Khairul bin Janif mengetuai bacaan doa selamat.Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka, menyampaikan ucapan khas sempena acara ini iaitu mengenai dan cara menghormati bendera negara.

Kemudian, beliau mengagihkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam kepada sebahagian murid-murid SRTLDB. Sebahagian lagi murid akan menerima bendera kecil mereka pada minggu akan datang.Setelah murid-murid menerima bendera kecil, murid-murid menyanyikan lagu 'Bendera Negara Brunei Darussalam'. Seterusnya, murid-murid membuat perbarisan lalu di hadapan guru-guru sebelum masuk ke dalam darjah masing-masing.

Akhirnya, Guru Besar mengadakan lawatan ke bilik-bilik darjah untuk melihat bendera-bendera kecil diletakkan di atas meja. Aktiviti sempena majlis ini juga diadakan mengikut peringkat darjah masing-masing.


Bendera kecil Negara Brunei Darussalam yang akan diagihkan kepada murid-murid pada hari ini.
Guru Besar SRTLDB sedang menyampaikan ucapan khas sempena majlis ini.
Sebahagian daripada murid-murid Rendah Bawah sedang mendengar ucapan khas daripada Guru Besar.
Sebahagian daripada murid-murid Rendah Atas sedang mendengar ucapan khas daripada Guru Besar.
Sebahagian lagi murid-murid Rendah Atas mendengar ucapan khas daripada Guru Besar.
Sebahagian guru SRTLDB.
Guru Besar SRTLDB sedang menyampaikan bendera kecil Negara Brunei Darussalam kepada murid-murid.
Bendera kecil Negara Brunei Darussalam.
Buku 'Hormati Bendera Negara' juga diagihkan kepada murid-murid pada hari ini.
Cikgu Rapiah sedang menerima bendera kecil daripada Guru Besar.
Cikgu Azizah sedang menerima bendera kecil daripada Guru Besar.
Cikgu Pengiran Royyeeman sedang menerima bendera kecil daripada Guru Besar.
Cikgu Hajah Juzailahwati, Penolong Guru Besar SRTLDB,  sedang menerima bendera kecil daripada Guru Besar.
Lirik lagu 'Bendera Negara'
Sebahagian daripada murid-murid Rendah Atas sedang menyanyikan lagu 'Bendera Negara'.
Guru-guru Tahun 2 dan Tahun 3 berserta beberapa orang murid Rendah Bawah bergambar di beranda tingkat atas.


(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul bin Janif)

Khamis, 10 Februari 2011

Bergu Perempuan SRTLDB Mendapat Tempat Kedua Dalam Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB Tahun 2011

10hb Februari 2011, hari Khamis-- Bergu Perempuan pasukan badminton Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mendapat tempat kedua setelah tewas dalam Perlawanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Rendah (Kerajaan & Swasta) Kawasan Brunei IIB  Peringkat Akhir yang diadakan pada petang tadi di Dewan Sekolah Sukan, Pulaie.

Gelanggang badminton Dewan Sekolah Sukan.


Guru pengawas/jurulatih Pasukan Badminton SRTLDB sedang menyaksikan perlawanan badminton peringkat akhir bagi acara perseorangan lelaki. 
Tetamu Kehormat serta  Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB sedang menyaksikan perlawanan badminton peringkat akhir bagi acara perseorangan lelaku. 
Perlawananan badminton peringkat akhir bagi acara perseorangan lelaki.
Seorang pemain  badminton SRTLDB sedang  menerima hadiah tempat kedua dalam acara bergu perempuan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.
Pemain badminton SRTLDB yang mendapat tempat kedua dalam acara bergu perempuan sedang bergambar bersama guru pengawas/jurulatih mereka selepas acara penyampaian hadiah.

(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir & Khairul bin Janif)

Selasa, 8 Februari 2011

Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB Tahun 2011 - Peringkat Saringan

8hb Februari 2011, hari Selasa--Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah (Kerajaan & Swasta) Kawasan Brunei IIB Tahun 2011 telah  diadakan bermula dari hari ini hingga 10 Februari 2011, hari Khamis di Dewan Sekolah Sukan, Pulaie.

Dalam perlawanan peringkat saringan yang telah diadakan pada petang tadi, pasukan bergu (berpasangan) lelaki dan perempuan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB) telah berjaya masuk ke peringkat seterusnya.

Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB pada tahun ini diadakan  di Dewan Sekolah Sukan, Pulaie.
Pengadil perlawanan memberikan taklimat peraturan perlawanan kepada peserta dari SRTLDB dan Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas(SROKBI), Subok.
Pengadil perlawanan badminton dalam acara perseorangan perempuan antara SRTLDB dengan SROKBI dan acara berpasangan perempuan antara SRTLDB dengan Sekolah Rendah Serasa. 
Pasangan peserta dari SRTLDB ketika berlawan dengan peserta dari SROKBI.
Peserta berpasangan lelaki ketika menyaksikan perlawanan rakan mereka yang sedang berlawan dalam acara perseorangan lelaki.
Peserta acara perseorangan SRTLDB sedang memulakan servis ketika berlawan dengan peserta dari Sekolah Rendah Serasa.
Jurulatih pasukan badminton SRTLDB.
Pasukan badminton SRTLDB dan jurulatih/guru pengawas sedang bergambar ramai di luar  dewan selepas selesai perlawanan badminton peringkat saringan.
(Teks & Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)