Khamis, 1 Disember 2011

Cuti Sekolah Penggal 4 Tahun 2011

1hb Disember 2011, hari Khamis--Cuti persekolahan Penggal 4 bagi Sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam bermula pada hari ini iaitu 1hb Disember 2011, hari Khamis hingga 31hb Disember 2011, hari Sabtu. Sekolah masih lagi bercuti pada 1-2 Januari 2012 (hari Ahad dan Isnin) sempena cuti Awal Tahun Masihi 2012.

Sekolah akan dibuka semula untuk persekolahan Tahun 2012 pada 3hb Januari 2012, hari Selasa.

Sehubungan dengan ini, pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid dan guru, khasnya kepada murid-murid dan guru-guru Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.



(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)