Khamis, 13 Disember 2012

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2012 dan Apresiasi Prasekolah 2013

27 November 2012, hari Selasa – Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Konvekesyen bagi Prasekolah 2012 dan Apresiasi Prasekolah 2013 pada 26 November 2012, hari Isnin di dewan SRTLDB.

Majlis konvokesyen diadakan untuk meraikan murid-murid Prasekolah 2012 kerana berjaya menamatkan pendidikan prasekolah pada tahun ini manakala majlis apresiasi diadakan untuk murid-murid Prasekolah 2013 kerana dapat mengikuti minggu orientasi yang diadakan untuk mereka selama seminggu sejak 17 November 2012, hari Sabtu.

Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Guru Agama (KGA) SRTLDB, Ustaz Haji Muhammad Zakir bin Pehin Bendahari Haji Abu Bakar. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Hajah Salina binti Haji Abdul Karim, Guru Besar SRTLDB. Seterusnya, Tetamu Kehormat majlis ini iaitu Mejar (B) Awang Haji Johari bin Haji Abdul Razak, Penghulu Mukim Serasa, menyampaikan ucapan beliau.
 
Acara diikuti dengan persembahan tausyeh dan nyanyian bahasa Inggeris oleh murid-murid Prasekolah 2012. 

Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan sijil menamatkan pendidikan Prasekolah dan hadiah kepada murid cemerlang sepanjang tahun 2012 serta hadiah murid cemerlang dalam bacaan.Seramai 15 orang murid Pra A dan 17 orang murid Pra B telah berjaya menamatkan pendidikan Prasekolah tahun ini. 

Kemudian, diadakan tayangan slaid aktiviti-aktiviti Prasekolah 2012 dan aktiviti-aktiviti pada sepanjang Minggu Orientasi Prasekolah 2013. Seterusnya, murid-murid Prasekolah 2013 yang mengikuti program Minggu Orientasi menerima menerima sijil penyertaan orientasi masing-masing dari Guru Besar SRTLDB.

Acara pada pagi hari Isnin ini diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran yang diketuai oleh KGA. 



















(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Selasa, 4 Disember 2012

Penjualan Uniform Sekolah

4 Disember 2012, hari Selasa -- Penjualan uniform sekolah akan diadakan di tempat perbarisan tertutup Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara pada 8 Disember 2012 (hari Sabtu) dan 29 Disember 2012 (juga hari Sabtu), dari pukul 8.30am hingga 11.30am.

Jika ibu bapa atau penjaga ingin menempah uniform 'made to measure', biskita bolehlah berurusan dengan pihak pembekal pada hari tersebut di tempat yang dinyatakan.

(Grafik: Abdul Rashid Haji Tahir)

Kemaskini 
13 Disember 2012, hari Khamis
Iklan penjualan uniform di pagar sekolah berhampiran dengan pimtu masuk utama SRTLDB.

Penjualan uniform sekolah sedang berlangsung pada pagi 8 Disember 2012, hari Sabtu di tempat perkumpulan tertutup SRTLDB.

(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)

Rabu, 21 November 2012

Minggu Orientasi Prasekolah Sesi 2013

21 November 2012, hari Rabu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara sedang mengadakan Minggu Orientasi bagi murid-murid Prasekolah sesi 2013. Minggu orientasi ini telah dimulakan pada 17 November 2012, hari Sabtu dan akan berakhir pada 26 November 2012, hari Isnin.

Program orientasi ini bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak dengan alam persekolahan yang baru agar mereka selesa dengan suasana bilik darjah, persekitaran sekolah, serta pergaulan bersama guru-guru dan rakan-rakan yang baru.

Berikut ini adalah aturcara yang diatur sepanjang minggu orientasi ini:

Aturcara







(Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Sumber: Buku Program Minggu Orientasi Prasekolah 2013)