Isnin, 30 Januari 2012

Aktiviti Senamrobik dan Berjalan di Kejiranan Sekolah bagi Bulan Januari 2012

29hb Januari 2012, hari Ahad -- Pada pagi 28hb Januari 2012, hari Sabtu, Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan aktiviti senamronik di kawasan lapang tertutup sekolah. Senamronik pada pagi kelmarin diketuai oleh guru Pendidikan Jasmani sekolah ini. Selepas itu, para guru dan murid berjalan melalui jalan-jalan di kejiranan sekolah dan juga pantai di belakang hutan pantai sekolah.

Aktiviti seperti ini diadakan dalam waktu khas 'Aktiviti Kokurikulum', iaitu pada period pertama dan period kedua hari  Sabtu terakhir setiap bulan, Aktiviti ini disertai oleh murid-murid dari peringkat pra hingga ke Tahun 6 dan guru-guru sekolah ini.





















(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)