13hb Januari 2011, hari Khamis -- Para guru dan staf sokongan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB) telah berpeluang mendengar taklimat dan mengemukakan soalan tentang Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Skim Pencen Caruman Tambahan (SPCT) dalam majlis taklimat yang diadakan di Bilik Taklimat SRTLDB petang tadi.
Taklimat pada petang tadi disampaikan oleh Mohd Reza bin Haji Zainal Abidin dari Tabung Amanah Pekerja.
Taklimat ini dianjurkan oleh Bahagian Perkembangan Staf SRTLDB, bertujuan untuk menambah pengetahuan para guru dan staf sokongan tentang TAP dan SPCT serta seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk mengajukan segala pertanyaan yang timbul. Taklimat ini adalah satu aktiviti dalam Program Perkembangan Staf 2011 (Kategori: Kebajikan/Kewangan Peribadi) sekolah ini.
Mohd Reza bin Haji Zainal Abidin, dari Tabung Amanah Pekerja, sedang menyampaikan taklimat. |
Sebahagian daripada guru dan staf sokongan SRTLDB yang hadir dalam majlis taklimat ini. |