Dalam perlawanan peringkat saringan yang telah diadakan pada petang tadi, pasukan bergu (berpasangan) lelaki dan perempuan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB) telah berjaya masuk ke peringkat seterusnya.
| Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB pada tahun ini diadakan di Dewan Sekolah Sukan, Pulaie. |
| Pengadil perlawanan memberikan taklimat peraturan perlawanan kepada peserta dari SRTLDB dan Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas(SROKBI), Subok. |
| Pengadil perlawanan badminton dalam acara perseorangan perempuan antara SRTLDB dengan SROKBI dan acara berpasangan perempuan antara SRTLDB dengan Sekolah Rendah Serasa. |
| Pasangan peserta dari SRTLDB ketika berlawan dengan peserta dari SROKBI. |
| Peserta berpasangan lelaki ketika menyaksikan perlawanan rakan mereka yang sedang berlawan dalam acara perseorangan lelaki. |
| Peserta acara perseorangan SRTLDB sedang memulakan servis ketika berlawan dengan peserta dari Sekolah Rendah Serasa. |
| Jurulatih pasukan badminton SRTLDB. |
| Pasukan badminton SRTLDB dan jurulatih/guru pengawas sedang bergambar ramai di luar dewan selepas selesai perlawanan badminton peringkat saringan. |