1hb Jun 2011, hari Rabu -- Pada pagi tadi, murid-murid Tahun 4, Tahun 5 , dan Tahun 6 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah berpeluang melawat Hari Terbuka
Sambutan Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan di Berakas Garison sejak 31hb Mei 2011, hari Selasa. Turut serta dalam lawatan ini adalah guru-guru yang mengajar kelas-kelas tersebut.
Murid-murid dan guru-guru melawat pameran statik oleh cawangan-cawangan dalam ABDB sempena hari terbuka tersebut. Antara yang menarik perhatian nurid-murid dan guru-guru ialah 'flying fox', menaiki kenderaan ATV, permainan NERF, menembak dengan menggunakan senapang berpeluru kosong dan berpeluru hidup, dan berjalan di' Canopy Walk'.
|
Bas tiba di destinasi... |
|
Pemandangan dari kawasan pameran Tentera Udara Diraja Brunei. |
|
Kenderaan bomba ABDB. |
|
Pesawat helikopter Blackhawk. |
|
Hadiah kerana dapat menembak tepat ke sasaran dengan menggunakan Nerf. |
|
Coklat ini adalah salah satu hadiah yang dimenangi oleh seorang murid. |
|
Ke pameran statik Tentera Darat Diraja Brunei. |
|
Kenderaan tentera dari Iveco dan Hicom. |
|
Murid-murid berpeluang menaiki kenderaan ATV. |
|
Seorang guru wanita sedang menembak sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru kosong. |
|
Dua orang guru wanita sekolah ini sedang menembak ke sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru hidup. |
|
Guru Kanan Pentadbiran SRTLDB sedang mendengar penerangan dari anggota tentera. |
|
Seorang guru sedang mencuba menembak ke sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru hidup. |
|
Seorang murid SRTLDB berpeluang menggunakan senapang berpeluru hidup untuk menembak ke sasaran. |
|
Murid-murid masuk ke 'Canopy Walk'. |
|
Melalui 'Canopy Walk' |
|
Antara pameran statik yang ada selepas 'Canopy Walk'. |
|
Menuju ke pameran statik Tentera Laut Diraja Brunei. |
|
Ke pemeran statik Tentera Laut Diraja Brunei. |
|
Antara pameran statik Tentera Laut Diraja Brunei. |
(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)