Jumaat, 19 Oktober 2012

Persediaan Terakhir SRTLDB Menghadapi Peperiksaan PSR Sesi 2012

Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengungkayahkan 3 persediaan utama terakhir bagi menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah(PSR) pada tahun ini, iaitu (1) mengadakan kelas malam pada hari persekolahan serta kelas pada hari Jumaat; (2) kelas tambahan tengah hari pada setiap hari persekolahan yang diadakan dari pukul 1.00pm hingga 2.00pm; dan (3) kelas Intensif PSR 2012 yang diadakan pada Cuti Persekolahan Penggal Ketiga.


Kelas Malam
Kelas ini mula diadakan pada 3 September 2012, hari Isnin hingga 30 September 2012, hari Ahad. Kelas malam pada setiap hari persekolahan (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan Sabtu) diadakan dari pukul 7.oopm hingga 9.00pm di dewan SRTLDB. Kelas pada hari Jumaat pula diadakan dari pukul 2.30pm hingga 4.30pm. Pada hari Ahad pula, kelas diadakan dari pukul 8.00am hingga 10.00am. Setiap hari telah ditentukan mata pelajaran yang akan diulangkaji oleh murid-murid. 

Persediaan bagi kelas malam serta hari Jumaat dan Ahad ini telah diusahakan bersama pihak Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) beberapa bulan sebelum perlaksanaannya. Pihak TLDB juga menyediakan dalam 14 orang anggotanya untuk ditugaskan mengawasi murid-murid bagi kelas tersebut. Setiap kali kelas seramai dua orang anggota ditugaskan secara bergilir-gilir. 

Berikut ini adalah tugas-tugas yang perlu mereka laksanakan: 

LANGKAH-LANGKAH PENGENDALIAN KELAS MALAM SERTA KELAS JUMAAT DAN AHAD 
(Untuk panduan pengawas murid) 
  1. Ambil kedatangan murid dan merekodanya dalam fail kedatangan murid. 
  2. Murid-murid diberikan masa mengulangkaji pelajaran sama ada dari buku teks atau fail fail kertas soalan masing-masing selama 30 minit. 
  3. Murid-murid diberikan kerta soalan yang disediakan mengikut jadual. 
  4. Murid-murid menjawab soalan yang diberikan selama 1 jam. 
  5. Murid-murid yang sudah siap menjawab kertas soalan bolehlah membuat kerja rumah atau belajar sendiri (‘private study’) atau bersoal jawab dengan kawan yang juga sudah selesai menjawab kertas soalan. 
  6. Kertas soalan yang sudah siap dijawab hendaklah dikumpulkan untuk disemak bersama guru subjek berkenaan pada keesokan harinya. 
  7. Apabila selesai kelas malam pastikan sampah dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sampah. 
  8. Pastikan juga lampu dan penyaman udara dimatikan sebelum meninggalkan dewan. 


MAKLUMAN BAGI PETUGAS (PENGAWAS MURID) 
  1. Kehadiran: Melapor 15 minit sebelum waktu ditentukan. 
  2. Pakaian: Pakaian bertugas adalah biru. 
  3. Tangungjawab: Memastikan murid-murid berada di kawasan sekolah; menjaga keselamatan murid-murid; dan memastikan jumlah murid-murid dikira semasa hadir dan balik. 
  4.  Buku catatan hendaklah diisikan setiap lepas bertugas dan dihantar pada keesokan pagi kepada STA Sekolah Latihan Teknikal Laut. 
  5.  Setiap petugas hendaklah mengambil buku catatan sebelum hari bertugas. 


Peringatan: 
Bagi petugas malam adalah dinasihatkan untuk membawa lampu picit sekiranya bekalan elektrik terputus atau tergendala. 

Kenderaan untuk murid-murid hadir ke dan pulang dari sekolah disediakan oleh pihak TLDB. Ada juga murid-murid yang dihantar dan diambil oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. 











Kelas Tambahan
 Kelas Tambahan Tengah Hari Kelas tambahan diadakan pada setiap hari persekolahan di kelas-kelas khas (Bilik Sains atau Bilik Sumber) dari pukul 1.00pm hingga 2.00pm. Murid-murid dibahagikan kepada dua kelas. Setiap kelas diajar atau diawasi 2 orang guru berlainan. Murid-murid mengulangkaji pelajaran yang telah dijadualkan. 

Murid-murid yang tidak pulang ke rumah untuk makan tengah hari diberikan makan dan minum tengah hari yang disedikan oleh pihak sekolah. Makanan dan minuman ini disediakan oleh tukang masak sekolah.























Kelas Intensif PSR 2012 
Kelas Intensif PSR 2012 diadakan pada Cuti Persekolahan Penggal Ketiga iaitu pada 1 Oktober hingga 4 Oktober, dari pukul 8.00am hingga pukul 11.00am. Kelas ini adalah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.


(Teks dan Gambar foto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)