20 Februari 2012, hari Rabu – Pada masa ini Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Diraja Brunei (SRTLDB), Muara sedang melaksanakan program ‘Enjoy Style Reading’(ESR) bagi menggalakkan amalan dan meningkatkan kemahiran membaca murid-murid SRTLDB. Berikut ini adalah maklumat mengenai program ini:
Nama program
Program ‘Enjoy Style to Reading’ (Program ESR)
Pengenalan
Program ESR adalah sebuah program membaca yang dibentuk mengikut keperluan murid-murid SRTLDB. ESR ialah akronim bagi ‘Enjoy Style Reading’. Prinsip program membaca ini adalah bertujuan menggalakkan semua murid untuk mengamalkan sikap membaca mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bahan bacaan program ESR adalah terdiri daripada bahan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Program ini juga membolehkan penglibatan ibu bapa memata-matai anak-anak mereka di rumah dan juga menanamkan amalan membaca di kalangan mereka, memperkayakan pembendaharaan kata dan berkemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Tujuan
• Menanamkan tabiat suka membaca di kalangan murid-murid SRTLDB.
• Memperbaiki kemahiran membaca yang sedia ada di kalangan murid-murid.
• Memperbaiki pencapaian akademik murid-murid.
• Mengurangkan jurang antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam mengembangkan minat dan kemahiran membaca di kalangan murid-murid.
• Menanamkan sikap positif terhadap membaca iaitu membaca untuk seronok dan juga proses pembelajaran.
• Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menanamkan minat membaca anak mereka di rumah.
Objektif
Di akhir program ini, perkara-perkara berikut akan tercapai:
• Murid-murid boleh membaca sebuah buku dalam masa dua minggu.
• Semua ibu bapa akan dapat ikut serta melibatkan diri dalam aktiviti membaca anak mereka di rumah.
Perlaksanaan
Jawatankusa telah ditubuhkan untuk menyelia perjalanan program membaca ini. Semua guru bahasa yang terlibat akan diberikan penerangan mengenai program ini dan pengharapan yang hendak dicapai. Guru-guru yang terlibat akan juga menyelia buku-buku bacaan untuk dipinjamkan kepada murid-murid. Buku-buku itu hendaklah kemampuan dan minat mereka. Murid-murid akan dibekalkan sebuah buku kecil untuk merekodkan bacaan mereka. Buku rekod ini akan dipantau dan disimpan oleh guru bahasa mereka. Guru bahasa akan memberikan mata (point) dengan menurunkan tanda tangan atau memberikan pujian yang berbentuk lakaran atau simbol dalam petak mata merit (‘merit point’). Melalui mata merit ini murid-murid akan diberi penghargaan berupa sijil jika sekiranya murid tersebut mencapai jumlah mata merit yang dikehendaki. Ada 4 kategori sijil akan diberikan mengikut mata merit yang berjaya dikumpulkan, iaitu Sijil Gangsa, Sijil Perak, Sijil Emas, dan Sijil Platinum. Pada hujung setiap bulan, ibu bapa dan penjaga murid akan mengesahkan rekod bacaan anak mereka.
Perkara-perkara yang diberikan perhatian dan dibuat semasa mendengar murid membaca
• Sebutan dan kelancaran.
• Penyesuaian nada suara dan berkeyakinan.
• Membantu murid dalam sebutan ayat-ayat baru atau ayat-ayat susah.
• Meminta murid untuk mengingat balik apa yang sudah dibaca.
• Membantu murid untuk menggunakan kmaus dalam mencari makna perkataan-perkataan.
Perkara-perkara yang diperlukan semasa murid membaca
• Suasana yang menyeronokkan yang boleh menggalakkan murid untuk membaca.
• Membantu murid semasa diperlukan.
• Menggalakkan murid untuk bercerita balik apa yang sudah dibaca.
• Menyoal murid mengenai apa yang telah dibaca.
• Memberikan pujian atas pencapaian murid.
Maklumat Program
• Jangkamasa perlaksanaan: Februari hingga November 2013
• Masa: 30 minit setiap minggu semasa waktu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Tempat: Bilik darjah dan bilik bacaan
• Bantuan: Sekolah memohon kerjasama dari Perpustakaan Muara supaya mereka dapat meminjamkan buku bacaan untuk program ini.
• Tema: Menuju Murid Berilmu
(Sumber: Kertas Kerja Program ESR dan Buku Rekod ESR)