Ahad, 10 April 2011

Majlis Pelancaran Aktiviti Kesihatan (AKSI) Bahagian Pendidikan Rendah

10hb April 2011, hari Ahad--Majlis Pelancaran Aktiviti Kesihatan (AKSI) Bahagian Pendidikan Rendah telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (Yang Berhormat Pehin) pada awal pagi tadi di Kompleks Sukan Sekolah Rendah Pulaie, Brunei IIA.
Selamat datang ke Sekolah Rendah Pulaie, Kawasan Brunei IIA

Acara pada pagi tadi diadakan di Kompleks Sukan Sekolah Rendah Pulaie, Brunei IIA

Sebahagian daripada ahli jawatankuasa acara pada pagi tadi.

Sebahagian daripada guru-guru dari Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei yang hadir pada pagi tadi.

Ucapan pelancaran yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Pehin menuju ke trek...

Antara pergerakan senamrobik yang dilakukan.

Gerak kaki...

Antara Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan yang ikut serta melakukan senamrobik pada pagi tadi.

Guru Besar Sekolah Rendah Tanah Jambu, Brunei IIB (Sebelah kanan).

Yang Berhormat Pehin sedang melakukan senamrobik.

Pergerakan senamrobik.

Pemandangan dari permulaan trek.

Pergerakan senamrobik diteruskan.

Pergerakan senamrobik.

Aktiviti berjalan kaki bermula.

Para peserta menuju ke Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Para peserta memasuki kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Para peserta melintasi Kompleks Trek dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Para peserta sedang berada di hadapan Pusat Persidangan Antarabangsa dan menuju ke pusing keliling Pusat Dakwah Islamiah sebelum kembali semula ke Kompleks Sukan Sekolah Rendah Pulaie.


Petikan Akhbar Pelita Brunei (Kemaskini 11 April 2011, hari Isnin)

Berikut ini adalah petikan akhbar Pelita Brunei keluaran 11hb April 2011, hari Isnin yang bertajuk "Program AKSI bertujuan meningkatkan taraf kesihatan warga Pendidikan Rendah":

Program AKSI bertujuan meningkatkan taraf kesihatan warga Pendidikan Rendah
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 April. - Menyedari terhadap meningkatnya warga Brunei yang menghidap penyakit komplikasi jantung, kencing manis, buah pinggang serta mereka yang menghidap obesiti, pelbagai usaha telah diungkayahkan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam memberikan kesedaran terhadap kepentingan hidup sihat.
Justeru, Kementerian Pendidikan, melalui Bahagian Pendidikan Rendah (BPR) Jabatan Sekolah-Sekolah pagi tadi telah melancarkan Aktiviti Kesihatan (AKSI) yang antara bertujuan membantu warga BPR supaya sentiasa meningkatkan kesihatan diri dari semasa ke semasa agar dapat menjalankan tugas dengan gigih dan berkesan.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir melancarkannya bertempat di padang Sekolah Rendah Pulaie (SRP), Brunei II (A).
Majlis pelancaran bermula dengan senamrobik dan seterusnya berjalan lalu sejauh 2.6 kilometer bermula dari padang SRP dan melintasi kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan berakhir di padang sekolah tersebut yang didahului oleh Menteri Pendidikan.
Seramai 1800 pegawai-pegawai dan kakitangan BPR termasuk guru-guru menyertai acara Walkaton AKSI ini.
Bermula selepas pelancaran ini, AKSI akan dilaksanakan secara bergilir setiap bulan oleh setiap zon di Brunei I, Brunei II (A), Brunei IIB, Brunei IV, Tutong I, Tutong II, Belait dan Temburong dan diadakan sekali dalam sebulan pada hari Khamis di sebelah petang.
Antara lain, objektif AKSI adalah untuk menjadi perintis kepada pihak sekolah agar mengambil inisiatif susulan supaya mengadakan aktiviti bersesuaian dengan memberi fokus kepada kesihatan guru, pelajar dan kakitangan sekolah selain menjadikan AKSI sebagai program tahunan BPR.
Aktiviti tersebut disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan BPR, pemimpin dan warga sekolah serta masyarakat kampung yang berdekatan.
(Oleh Hajah Siti Zuraihah binti Haji Awang Sulaiman)

(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)