Ahad, 11 September 2011

SRTLDB Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

11hb September 2011, hari Ahad -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya  Aidilfitri 1432 Hijrah pada 9hb Syawal 1432 bersamaan dengan 8hb September 2011, hari Khamis. Acara utama diadakan di Dewan SRTLDB manakala jamuan diadakan di Tempat Perkumpulan Tertutup.

Antara acara pada pagi itu ialah persembahan sajak oleh muri-murid Pra Sekolah, persembahan lagu raya oleh murid-murid Tahun 1 ( lagu 'Balik Kampung'), dan persembahan 'grand finale' oleh murid-murid Tahun 5 (lagu 'Anugerah Aidilfitri') dan murid-murid Tahun 6 (lagu 'Suasana Hari Raya') serta persembahan hadrah daripada pasukan hadrah SRTLDB.

Peraduan pakaian hari raya yang tercantik juga diadakan. Lima murid lelaki dan lima murid perempuan yang terpilih telah menerima hadiah masing-masing daripada Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka.

Acara di dewan pada hari tersebut diakhiri dengan murid-murid bersalaman dengan para guru dan juga pemberian sedekah berbentuk duit raya kepada murid-murid. Seterusnya acara disambung di Tempat Perkumpulan Tertutup bagi menikmati juadah raya bersama-sama.

Sebelum majlis sambutan hari raya diadakan, guru-guru, murid-murid, dan staf sokongan SRTLDB telah menjalani sesi bergambar ramai.







  









(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul bin Janif)