Rabu, 29 Jun 2011

SRTLDB Mengadakan Minggu Matematik 2011

29hb Jun 2011, hari Rabu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara mengadakan Minggu Matematik 2011 bermula pada 22hb Jun 2011, hari Rabu hingga 30hb Jun 2011, hari Khamis. Majlis pelancaran Minggu Matematik pada tahun ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka.

Sempena majlis pelancaran ini, aktiviti Matematik 'estimation' diadakan yang melibatkan semua murid-murid sekolah ini. Pada akhir acara pada pagi ini, para pemenang bagi setiap kelas menerima hadiah masing-masing daripada Guru Besar.

Pelbagai aktiviti Matematik telah dan akan berlangsung sejak majlis pelancaran tersebut sehingga hari terakhir Minggu Matematik ini.






Aktiviti 'Speed Test'
Gambar-gambar berikut ini menunjukkan aktiviti 'Speed Test' yang diadakan pada 28hb Jun 2011, hari Selasa di Tempat Perkumpulan Tertutup.






(Teks dan gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)

SRTLDB Naib Juara Kejohanan Bola Sepak Liga Kebangsaan Di Bawah 12 Kumpulan DST

29hb Jun 2011, hari Rabu -- Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah menjadi naib juara dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Kebangsaan Di Bawah 12 Tahun Kumpulan DST setelah tewas kepada pasukan U12 Projek Ikan Pusu (PIP) dengan jaringan 2 berbalas 4. Perlawanan akhir kejohanan ini telah diadakan pada 19hb Jun 2011, hari Ahad di Padang Sekolah Rendah Pulaie.

Sehubungan dengan itu, pasukan bola sepak SRTLDB telah menerima hadiah sebanyak BND700 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan DST.






(Teks: Abdul Rashid Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul Janif)

Selasa, 7 Jun 2011

Cuti Sekolah Penggal 2 Tahun 2011

7hb Jun 2011, hari Selasa -- Cuti persekolahan Penggal 2 bagi sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam bermula pada hari ini iaitu 7hb Jun 2011, hari Selasa hingga 19hb Jun 2011, hari Ahad. Sekolah akan dibuka semula pada 20hb Jun 2011, hari Isnin.

Sehubungan dengan ini, pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid dan guru (yang bercuti), khususnya kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini.



(Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Ahad, 5 Jun 2011

Sukan Ria Aktiviti Penghujung Penggal 2

4hb Jun 2011, hari Sabtu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Sukan Ria sebagai aktiviti penghujung Penggal 2 pada pagi tadi. Sukan ini melibatkan seluruh warga sekolah termasuk staf sokongan. Pelbagai acara sukan ria diadakan untuk semua kategori iaitu mengikut kelas dan jantina, guru lelaki, guru perempuan, staf sokongan lelaki, dan staf sokongan perempuan. Aktiviti untuk murid-murid, antaranya, 'treasure hunt', pertandingan makan roti, 'picture puzzle' dan memasuk makanan ke dalam plastik. Bagi guru-guru diadakan memasukkan bulu tangkis ke dalam kotak (lelaki), menendang bola masuk ke dalam pintu gol (perempuan) dan menembak sasaran dengan menggunakan senapang mainan Nerf (lelaki dan perempuan). Acara untuk staf sokongan pula adalah acara 'bowling'. 

Acara terakhir pada pagi tadi ialah perlawanan futsal antara kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh seorang guru lelaki, seorang guru perempuan, seorang murid lelaki, seorang murid perempuan, dan seorang staf sokongan.

Semua guru, murid, dan staf sokongan dibahagikan kepada lima kumpulan: Pejuang (biru), Pahlawan (hijau), Satria (kuning), Pemburu (merah), dan Panglima (ungu). Nama-nama kumpulan ini mengambil sempena nama-nama jalan di Pengkalan Tentera Laut, Muara.

Acara pada pagi dan tengah hari tadi diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.




























(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Rabu, 1 Jun 2011

Lawatan Ke Hari Terbuka Sambutan Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

1hb Jun 2011, hari Rabu -- Pada pagi tadi, murid-murid Tahun 4, Tahun 5 , dan Tahun 6 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah berpeluang melawat Hari Terbuka Sambutan Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan di Berakas Garison sejak 31hb Mei 2011, hari Selasa. Turut serta dalam lawatan ini adalah guru-guru yang mengajar kelas-kelas tersebut.

Murid-murid dan guru-guru melawat pameran statik oleh cawangan-cawangan dalam ABDB sempena hari terbuka tersebut. Antara yang menarik perhatian nurid-murid dan guru-guru ialah 'flying fox', menaiki kenderaan ATV, permainan NERF, menembak dengan menggunakan senapang berpeluru kosong dan berpeluru hidup, dan berjalan di' Canopy Walk'.

Bas tiba di destinasi...
Pemandangan dari kawasan pameran Tentera Udara Diraja Brunei.
Kenderaan bomba ABDB.
Pesawat helikopter Blackhawk.
Hadiah kerana dapat menembak tepat ke sasaran dengan menggunakan Nerf.
Coklat ini adalah salah satu hadiah yang dimenangi oleh seorang murid.
Ke pameran statik Tentera Darat Diraja Brunei.
Kenderaan tentera dari Iveco dan Hicom.
Murid-murid berpeluang menaiki kenderaan ATV.
Seorang guru wanita sedang menembak sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru kosong.
Dua orang guru wanita sekolah ini sedang menembak ke sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru hidup.
Guru Kanan Pentadbiran SRTLDB sedang mendengar penerangan dari anggota tentera.
Seorang guru sedang mencuba menembak ke sasaran dengan menggunakan senapang berpeluru hidup.
Seorang murid SRTLDB berpeluang menggunakan senapang berpeluru hidup untuk menembak ke sasaran.
Murid-murid masuk ke 'Canopy Walk'.
Melalui 'Canopy Walk'
Antara pameran statik yang ada selepas 'Canopy Walk'.

Menuju ke pameran statik Tentera Laut Diraja Brunei.
Ke pemeran statik Tentera Laut Diraja Brunei.
Antara pameran statik Tentera Laut Diraja Brunei.
(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)