Ahad, 30 Oktober 2011

Program Jangkauan Kemasyarakatan 2011-2012 Sesi Pertama

30hb Oktober 2011, hari Ahad-- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mula melaksanakan Program Jangkauan Kemasyarakatan ('Community Outreach Program') pada 29hb Oktober 2011, hari Sabtu di Bilik Sumber SRTLDB, dari jam 2.00pm hingga 3.30pm. Program yang dilaksanakan ini dinamai 'Mari Belajar Hukum Nun Mati dan Tanuin'.

Dalam sesi pertama ini para peserta program menghalusi sebutan huruf-huruf hijaiyyah. Ini termasuklah menyebut huruf-huruf berkenaan apabila ada baris satu di atas, baris satu di bawah, dan baris satu di depan serta baris dua di atas, baru dua di bawah, dan baris dua depan.

Sesi kedua akan diadakan pada 19hb November 2011, hari Sabtu. Pada hari itu nanti, para peserta program akan belajar untuk menghalusi bacaan Surah Al-Fatihah.







(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul Azmiee bin Roslee)

Isnin, 17 Oktober 2011

Program Jangkauan Kemasyarakatan bagi Sesi Tahun 2011-2012

“Community Outreach Program” 
Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara

Mari Belajar Hukum Nun Mati dan Tanuin


MAKLUMAT PROGRAM


Tema
Menuju masyarakat berilmu dan beramal


Tujuan
Program ini adalah satu sumbangan dan juga peranan sekolah kepada masyarakat sekeliling bagi menyahut seruan Titah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mahu melihat peranan sebagai ‘extra mile’ dalam penyebaran ilmu.


Batasan Waktu
Mulai September 2011 dan berakhir pada bulan September 2011.


Masa
Sekali sebulan setiap hari Sabtu bermula jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.


Tempat
Dewan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara


Sokongan
Kerjasama antara guru-guru SRTLDB dan guru-guru Sekolah Ugama Tentera Laut Diraja Brunei (SUTLDB), Muara


Penyertaan/Kumpulan Sasaran
Guru-guru dan Kakitangan SRTLDB
Ibu Bapa atau Penjaga murid SRTLDB


Jawatan Kuasa Perlaksana/Penganjur
Guru-guru SRTLDB


Latar Belakang Program
Program adalah salah satu laluan penyebaran pengetahuan untuk menuju masyarakat berilmu. Bagi sesi 2011-2012, pihak sekolah menganjurkan program “Mari Belajar Hukum Nun Mati dan Tanuin”.


Objektif
  • Sekolah dapat menyumbang ilmu dan bekerjasama dengan masyarakat sekeliling dalam penyebaran ilmu terutama pembelajaran Al-Quran.
  • Masyarakat dapat memperbaiki bacaan Al-Quran mereka dengan tajuid yang betul.
  • Membudayakan bacaan Al-Quran di kalangan masyarakat.
  • Program ini akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 75% daripada peserta program dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran tajuid yang lebih baik.
  • Melalui program ini, pihak sekolah akan dapat menjalinkan usahasama dengan masyarakat sekeliling.


Jadual Aktiviti

(Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)




Disediakan oleh:
Hajah Mariana binti Haji Abdullah
Penolong Guru Kanan Akademik SRTLDB
(Timbalan Setiausaha 1 Program Jangkauan Kemasyarakatan SRTLDB)


Pengiran Royyeeman bin Pengiran Sulaiman
Guru Kanan Pentadbiran SRTLDB
(Timbalan Setiausaha 2 Program Jangkauan Kemasyarakatan SRTLDB)




Kemaskini pada 14 Oktober 2011, hari Jumaat

Sabtu, 15 Oktober 2011

Majlis Pelancaran Rasmi Program Jangkauan Kemasyarakatan bagi Tahun 2011-2012

15hb Oktober 2011, hari Sabtu – Program Jangkauan Kemasyarakatan (‘Community Outreach Program’) yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah dilancarkan oleh Leftenan Kolonel (L) Zil Husam bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah KDB Darulehsan, dalam satu majlis yang diadakan pada 14hb Oktober 2011, hari Jumaat di Dewan SRTLDB.


Acara pada pagi Jumaat ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Khairul bin Janif, Pegawai Pelajaran Ugama SRTLDB. Kemudian, acara disusuli dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Norhapidzah binti Haji Hassan, Pegawai Pendidikan SRTLDB.

Seterusnya, Cikgu Hajah Juzailah binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB, menyampaikan ucapan alu-aluan majlis ini. Ustaz Khairul bin Janif kemudiannya menyampaikan taklimat mengenai Program Jangkauan Kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu “Belajar Hukum Nun Mati dan Tanuin”.

Selepas Leftenan Kolonel (L) Zil Husam bin Haji Abdul Rahman merasmikan pelancaran Program Jangkauan Kemasyarakatan, Cikgu Hajah Juzailah Wati menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Ibu bapa dan penjaga murid yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri kepada guru-guru berkenaan.















(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto:  Mohd. Shahfiee bin Hj Aluwi & Shariol Bahri bin Hj Jambol)

Rabu, 5 Oktober 2011

Murid-Murid Tahun 5 SRTLDB Melawat Kapal Tentera Amerika Syarikat USS Dewey

4hb Oktober 2011, hari Selasa - Murid-murid Tahun 5 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah berpeluang melawat kapal tentera Amerika Syarikat USS Dewey yang berlabuh di Pelabuhan Muara pada pagi tadi. Turut serta mengikuti rombongan ini ialah 5 oang guru yang mengajar mereka dan juga guru bimbingan sekolah.



























 

(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)