Jumaat, 17 Februari 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

17hb Februari 2012, hari Jumaat – Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1433 Hijrah telah diadakan pada 16hb Februari 2012, hari Sabtu di kawasan lapang tertutup dan dewan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara serta kawasan kejiranan sekolah.

Pada awal majlis, murid-murid, guru-guru dan staf sokongan berarak melalui jalan-jalan di kejiran sekolah. Sambil berarak, murid-murid membawa kad tayang yang mengandungi kata-kata pujian ke atas Nabi Muhammad. Kad tayang yang dibawa oleh mereka adalah satu projek bagi mata pelajaran Ugama. Guru-guru, staf sokongan dan murid-murid juga berselawat ke atas Nabi Muhammad sepanjang perarakan ini.

Di dewan sekolah, murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh Haji Fansuri Sharimi @ Mansur Bin Mohammad Ali. Ceramah ini menyentuh beberapa amalan Rasulullah yang patut kita ikuti.

Persembahan qasidah memuji Nabi Muhammad juga diadakan sebelum ceramah. Qasidah ini dipersembahkan oleh murid-murid Pra Sekolah, ahli Kelab Dikir dan ahli Kelab Hadrah.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan yang disempurnakan oleh Cikgu Hajah Juzailah Wati Binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB. Kemudian disusuli dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Haji Shahrin bin Haji Mohammad Yussof, Ketua Guru Ugama SRTLDB.



















(Teks dan gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)