Selasa, 18 September 2012

Pertandingan Akhir Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2012 Diadakan di Kawasan Berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan pada 22 September 2012, hari Sabtu

18 September 2012, hari Selasa – Pertandingan Akhir Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2012 akan diadakan di Pentas Perayaan kawasan berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran DiRaja, Bandar Seri Begawan pada 22 September 2012, hari Sabtu (malam). Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian dijangka akan menjadi tetamu kehormat majlis ini.


Sebanyak 10 pasukan akan bertanding pada malam itu nanti, termasuk pasukan hadrah dari sekolah tuan rumah iaitu pasukan hadrah Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara. Berikut ini adalah senarai peserta mengikut urutan giliran persembahan:


1. Sekolah Rendah Dato Othman, Brunei IIA
2. Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar, Brunei III
3. Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III
4. Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Brunei III
5. Sekolah Rendah Jerudong, Brunei IV
6. Sekolah Rendah Mentiri, Brunei IIB
7. Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Brunei IIA
8. Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar, Brunei IIB
9. Sekolah Rendah Dato Marsal, Brunei IIA
10. Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Brunei IIB


Gambarfoto 
Pasukan 1 : Sekolah Rendah Dato Othman, Brunei IIA
Pasukan 2: Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar, Brunei III
Pasukan 3: Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III
Pasukan 4: Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut, Brunei III
Pasukan 5: Sekolah Rendah Jerudong, Brunei IV
Pasukan 6: Sekolah Rendah Mentiri, Brunei IIB
Pasukan 7: Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Brunei IIA
Pasukan 8: Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin, Sungai Besar, Brunei IIB
Pasukan 9: Sekolah Rendah Dato Marsal, Brunei IIA
Pasukan 10: Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara, Brunei IIB

Pertandingan hadrah ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan dikelolakan bersama dengan SRTLDB, Muara sebagai persembahan Kementerian Pendidikan sempena Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohammad Yakub. Berikut ini adalah aturcara pertandingan pada malam itu nanti:



Aturcara

7.15pm
:
Ahli-ahli jawatankuasa hadir.
7.30pm
:
Guru-guru pengawas dan peserta hadir.
7.45pm
:
Guru-guru besar dan para jemputan hadir.
8.00pm
:
Kehadiran Tetamu Kehormat


Yang Mulia
Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar
Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum
8.30pm
:
Pertandingan Hadrah dimulakan.

:
Persembahan gulingtangan dari Sekolah Menengah Rimba.

:
Persembahan tarian “Joget Baju Putih’ dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.

:
Keputusan dan penyampaian hadiah-hadiah dan cenderamata oleh Tetamu Kehormat.

:
Menikmati jamuan.

:
Bersurai.

Orang ramai khususnya para murid, ibu bapa dan penjaga murid serta guru dan staf sokongan SRTLDB adalah dialu-alukan datang untuk menyaksikan pertandingan ini. Sokonglah pasukan hadrah SRTLDB. Dalam pertandingan yang sama yang diadakan pada tahun lepas (2011), pasukan hadrah SRTLDB berjaya menjadi johan. Semoga sejarah kemenangan ini berulang lagi pada tahun ini.

(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Grafik: Pengiran Royyeeman bin Pengiran Sulaiman. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir, kecuali gambar murid Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar adalah oleh sekolah berkenaan)

Jumaat, 7 September 2012

Acara Saringan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2012


6 September 2012, hari Khamis – Acara saringan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta Peringkat Negara bagi Tahun 2012 telah diadakan pada pagi kelmarin (5 September 2012, hari Rabu) di Dewan Sekolah Rendah Tentera Laut DiRaja Brunei, Muara.

Sebanyak 14 pasukan telah bertanding dalam acara saringan ini. Hanya 9 daripada 14 pasukan sahaja akan dipilih untuk bertanding ke peringkat akhir. Satu pasukan lagi akan turut bertanding iaitu pasukan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara yang merupakan juara pertandingan pada tahun 2011.

Berikut ini adalah senarai pasukan yang akan bertanding pada peringkat akhir nanti (disusun mengikut giliran persembahan):

1. Sekolah Rendah Dato Othman, Brunei IIA
2. Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar, Brunei III
3. Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III
4. Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Brunei III
5. Sekolah Rendah Jerudong, Brunei IV
6. Sekolah Rendah Mentiri, Brunei IIB
7. Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Brunei IIA
8. Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar, Brunei IIB
9. Sekolah Rendah Dato Marsal, Brunei IIA
10. Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Brunei IIB

Pertandingan akhir akan diadakan di Pentas Perayaan berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan pada 22 September 2012, Sabtu (malam) sebagai persembahan Kementerian Pendidikan sempena Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohammad Yakub.

Gambarfoto:

























(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir dan Pengiran Royyeeman bin Pengiran Sulaiman)

Selasa, 4 September 2012

Acara Saringan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negara bagi Tahun 2012

4 September 2012, hari Selasa -- Acara saringan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta Peringkat Negara bagi Tahun 2012 akan diadakan pada esok pagi (5 September 2012, hari Rabu) di dewan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Pengkalan Tentera Laut, Muara. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama SRTLDB.

Berikut ini adalah aturcara acara saringan pertandingan ini:
7.30 pagi - Kehadiran ahli jawatankuasa kerja.
8.00 pagi - Kehadiran peserta hadrah dan guru pengawas. 
                  - Pendaftaran peserta diadakan.
8.30 pagi - Kehadiran hakim pertandingan
9.00 pagi - Acara saringan dimulakan.
                  - Jamuan.
                  - Bersurai.

(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)