Rabu, 26 Januari 2011

Aktiviti Senamrobik dan Berjalan di Kejiranan Sekolah bagi Bulan Januari 2011

26 Januari 2011, hari Rabu -- Pada pagi tadi diadakan aktiviti senamrobik di kawasan perbarisan tertutup sekolah.  Senamrobik pada pagi tadi diketuai oleh guru Pendidikan Jasmani sekolah ini. Selepas itu, para guru dan murid berjalan kaki melalui jalan-jalan di kejiranan sekolah

Aktiviti seperti ini diadakan dalam waktu khas 'Aktiviti Ko-Kurikulum', iaitu period 1 dan period 2 hari Rabu terakhir setiap bulan . Ia disertai oleh murid-murid dari peringkat pra hingga ke Tahun 6 dan guru-guru sekolah ini.

Pada pagi tadi juga diadakan pemilihan pemain-pemain bagi mewakili sekolah dalam Perlawanan Bola Sepak bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB tahun ini.












(Teks dan gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir)