Ahad, 5 Jun 2011

Sukan Ria Aktiviti Penghujung Penggal 2

4hb Jun 2011, hari Sabtu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Sukan Ria sebagai aktiviti penghujung Penggal 2 pada pagi tadi. Sukan ini melibatkan seluruh warga sekolah termasuk staf sokongan. Pelbagai acara sukan ria diadakan untuk semua kategori iaitu mengikut kelas dan jantina, guru lelaki, guru perempuan, staf sokongan lelaki, dan staf sokongan perempuan. Aktiviti untuk murid-murid, antaranya, 'treasure hunt', pertandingan makan roti, 'picture puzzle' dan memasuk makanan ke dalam plastik. Bagi guru-guru diadakan memasukkan bulu tangkis ke dalam kotak (lelaki), menendang bola masuk ke dalam pintu gol (perempuan) dan menembak sasaran dengan menggunakan senapang mainan Nerf (lelaki dan perempuan). Acara untuk staf sokongan pula adalah acara 'bowling'. 

Acara terakhir pada pagi tadi ialah perlawanan futsal antara kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh seorang guru lelaki, seorang guru perempuan, seorang murid lelaki, seorang murid perempuan, dan seorang staf sokongan.

Semua guru, murid, dan staf sokongan dibahagikan kepada lima kumpulan: Pejuang (biru), Pahlawan (hijau), Satria (kuning), Pemburu (merah), dan Panglima (ungu). Nama-nama kumpulan ini mengambil sempena nama-nama jalan di Pengkalan Tentera Laut, Muara.

Acara pada pagi dan tengah hari tadi diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.




























(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)