Sabtu, 15 Oktober 2011

Majlis Pelancaran Rasmi Program Jangkauan Kemasyarakatan bagi Tahun 2011-2012

15hb Oktober 2011, hari Sabtu – Program Jangkauan Kemasyarakatan (‘Community Outreach Program’) yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah dilancarkan oleh Leftenan Kolonel (L) Zil Husam bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah KDB Darulehsan, dalam satu majlis yang diadakan pada 14hb Oktober 2011, hari Jumaat di Dewan SRTLDB.


Acara pada pagi Jumaat ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Khairul bin Janif, Pegawai Pelajaran Ugama SRTLDB. Kemudian, acara disusuli dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Norhapidzah binti Haji Hassan, Pegawai Pendidikan SRTLDB.

Seterusnya, Cikgu Hajah Juzailah binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB, menyampaikan ucapan alu-aluan majlis ini. Ustaz Khairul bin Janif kemudiannya menyampaikan taklimat mengenai Program Jangkauan Kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu “Belajar Hukum Nun Mati dan Tanuin”.

Selepas Leftenan Kolonel (L) Zil Husam bin Haji Abdul Rahman merasmikan pelancaran Program Jangkauan Kemasyarakatan, Cikgu Hajah Juzailah Wati menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Ibu bapa dan penjaga murid yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri kepada guru-guru berkenaan.















(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto:  Mohd. Shahfiee bin Hj Aluwi & Shariol Bahri bin Hj Jambol)