Khamis, 13 Disember 2012

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2012 dan Apresiasi Prasekolah 2013

27 November 2012, hari Selasa – Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Konvekesyen bagi Prasekolah 2012 dan Apresiasi Prasekolah 2013 pada 26 November 2012, hari Isnin di dewan SRTLDB.

Majlis konvokesyen diadakan untuk meraikan murid-murid Prasekolah 2012 kerana berjaya menamatkan pendidikan prasekolah pada tahun ini manakala majlis apresiasi diadakan untuk murid-murid Prasekolah 2013 kerana dapat mengikuti minggu orientasi yang diadakan untuk mereka selama seminggu sejak 17 November 2012, hari Sabtu.

Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Guru Agama (KGA) SRTLDB, Ustaz Haji Muhammad Zakir bin Pehin Bendahari Haji Abu Bakar. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Hajah Salina binti Haji Abdul Karim, Guru Besar SRTLDB. Seterusnya, Tetamu Kehormat majlis ini iaitu Mejar (B) Awang Haji Johari bin Haji Abdul Razak, Penghulu Mukim Serasa, menyampaikan ucapan beliau.
 
Acara diikuti dengan persembahan tausyeh dan nyanyian bahasa Inggeris oleh murid-murid Prasekolah 2012. 

Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan sijil menamatkan pendidikan Prasekolah dan hadiah kepada murid cemerlang sepanjang tahun 2012 serta hadiah murid cemerlang dalam bacaan.Seramai 15 orang murid Pra A dan 17 orang murid Pra B telah berjaya menamatkan pendidikan Prasekolah tahun ini. 

Kemudian, diadakan tayangan slaid aktiviti-aktiviti Prasekolah 2012 dan aktiviti-aktiviti pada sepanjang Minggu Orientasi Prasekolah 2013. Seterusnya, murid-murid Prasekolah 2013 yang mengikuti program Minggu Orientasi menerima menerima sijil penyertaan orientasi masing-masing dari Guru Besar SRTLDB.

Acara pada pagi hari Isnin ini diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran yang diketuai oleh KGA. 



















(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)