Sabtu, 19 Februari 2011

Dasar Akademik dan Kokurikulum SRTLDB

LITERASI

  • Murid lepasan Pra Sekolah hendaklah boleh membaca ayat mudah.
  • Murid Tahun 3 hendaklah boleh membaca dan menulis jawi dengan betul.
  • Murid Tahun 3 hendaklah mahir membentuk huruf besar dan huruf kecil dalam tulisan rumi.
  • Murid lepasan Tahun 3 hendaklah boleh membaca dengan baik dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.
  • Murid lepasan Tahun 4 hendaklah boleh mengarang dan membina ayat dengan betul.

NUMERASI

  • Murid lepasan Pra Sekolah hendaklah boleh mengenal dan membentuk angka 1 hingga 10 dengan betul.
  • Murid Tahun 1 hingga Tahun 3 hendaklah boleh memahami dan menyelesaikan operasi campur dan tolak yang mudah.
  • Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 hendaklah boleh menyelesaikan empat operasi asas matematik dengan baik.
  • Murid Tahun 3 hendaklah boleh memahami nilai angka unit sehingga puluh ribu.
  • Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 boleh memahami nilai angka yang lebih tinggi dari puluh ribu.
  • Murid Tahun 3 boleh menyelesaikan masalah matematik berayat yang mudah.
  • Murid Tahun 4 hendaklah hafal sifir darab 1 hingga 12.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

  • Setiap murid Tahun 3 hendaklah boleh menggunakan komputer.
  • Setiap murid Tahun 4 hingga Tahun 6 hendaklah mahir menggunakan perisian MS Office.

PEMBERIAN KERJA RUMAH

  • Kerja rumah diberikan setiap hari mengikut jadual yang disediakan oleh Bahagian Akademik SRTLDB.
  • Ruang untuk tandatangan ibu bapa atau penjaga murid hendaklah disediakan bagi setiap kerja rumah.
  • Markah kerja rumah hendaklah dicatat dalam buku atau borang khas.

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR)

  • Mencapai peratus lulus 90% ke atas.
  • 10% murid mendapat 5 gred A.

KOKURIKULUM

  • Memberikan peluang kepada semua murid mengikuti program kokurikulum termasuklah mengikuti peraduan atau pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, kawasan, dan negara.