Isnin, 21 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432 Hijrah

21hb Februari 2011, hari Isnin--Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432 Hijrah telah diadakan di Dewab Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB) pada 19hb Februari 2011, hari Sabtu.

Sebelum acara di dewan diadakan, guru-guru, staf sokongan, dan murid-murid berarak melalui jalan-jalan di kejiranan sekolah. Sambil berarak, murid-murid rendah atas membawa kad tayang yang mengandungi kata-kata pujian ke  atas Nabi Muhammad. Kad tayang yang dibawa adalah projek bagi mata pelajaran Ugama bagi Penggal 1 tahun ini. Guru-guru, staf sokongan dan murid-murid juga berselawat ke atas Nabi Muhammad sepanjang perarakan ini.

Di dewan sekolah, murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Awang Amin bin Haji Mohammad Yassin, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Ceramah kali ini menyentuh satu daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad iaitu amalan solat lima waktu.

Persembahan nasyid juga diadakan. Sebelum ceramah, nasyid disampaikan oleh murid-murid Tahun 5. Selepas ceramah,  nasyid disampaikan oleh murid-murid Tahun 6.

Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka menyampaikan hadiah kepada pemenang projek Sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Haji Shahrin bin Haji Mohammad Yussof, Ketua Guru Ugama SRTLDB.



























(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir & Khairul bin Janif)