Jumaat, 29 Julai 2011

Majlis Doa Arwah dan Majlis Penghargaan Pemain-Pemain Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB

29hb Julai 2011, hari Jumaat -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Doa Arwah dan diselajurkan dengan Majlis Penghargaan Pemain-Pemain Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Brunei IIB pada 23hb Julai 2011, hari Sabtu di Restoran dan Khidmat Sajian Lamie, Sungai Tilong, Jalan Muara.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan bola jaring sekolah ini telah berjaya menjadi juara manakala pasukan bola sepak sekolah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A.

Maklumat lanjut tentang penyertaan pasukan SRTLDB dalam kejohanan tersebut boleh didapati melalui pautan berikut ini:


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  atas penyertaan para ibu bapa, staf sokongan, guru-guru Sekolah Ugama Tentera Laut Diraja Brunei dan para guru SRTLDB dalam pasukan bola sepak dan juga bola jaring SRTLDB dan seterusnya menyertai pertandingan yang telah diadakan pada bulan April hingga Jun 2011.





(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)