Isnin, 16 Mei 2011

SRTLDB Juara Kejohanan Bola Jaring Piala JAPSER Brunei IIB bagi Tahun 2011

16hb Mei 2011, hari Isnin -- Pasukan bola jaring Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara yang terdiri daripada guru-guru, staf sokongan, dan ibu atau penjaga murid sekolah ini telah berjaya menjadi juara Kejohanan Bola Jaring Piala Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei IIB (JAPSER Brunei IIB). Mereka berjaya menewaskan pasukan bola jaring Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin, Sungai Besar dengan jaringan 21 berbalas 14, dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Gerak Badan (Gym), Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam pada pagi 7 Mei 2011, hari Ahad.



























(Teks: Abdul Rashid Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir, Pengiran Royyeeman Pg Sulaiman, dan Khairul Janif)