Khamis, 3 Mac 2011

Majlis Penutup Bulan Membaca Tahun 2011

3hb Mac 2011, hari Khamis -- Aktiviti Bulan Membaca yang telah diadakan sepanjang bulan Februari lalu telah ditutup secara rasmi di dalam satu majlis yang diadakan pada 28 Februari 2011, hari Isnin. Sempena majlis penutup ini peraduan membaca rumi telah diadakan. Peraduan ini disertai oleh murid-murid dari peringkat pra sekolah hingga tahun 6.
Hakim peraduan membaca rumi.
Sebahagian daripada murid-murid lelaki Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei.
Seorang daripada peserta Rendah Bawah.
Satu daripada teks yang dibaca oleh peserta Rendah Atas.
Dua orang peserta dari Rendah Atas.

Murid dari Tahun 6 menerima hadiah dari Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei.
Cikgu Pengiran Royyeeman bin Pengiran Sulaiman, Guru Kanan Pentadbiran SRTLDB, menutup rasmi  Bulan Membaca Februari 2011.
(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul bin Janif)