Sabtu, 19 November 2011

Program Orientasi bagi Murid-Murid Baru Prasekolah Tahun 2012

19hb November 2011, hari Sabtu -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah memulakan Program Orientasi bagi Murid-Murid Baru Prasekolah Tahun 2012 pada pagi tadi (19hb November 2011, hari Sabtu) di Dewan SRTLDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Khairol bin Janif. Seterusnya, Guru Kanan Pentadbiran, Cikgu Norasiah binti Haji Mohammed (sebagai wakil Penolong Guru Besar) telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Taklimat kemudiannya disampaikan oleh Cikgu Dayang Latipah bintu Haji Budin, seorang daripada guru yang akan mengajar kelas Prasekolah pada tahun 2012. Persembahan murid-murid Prasekolah Tahun 2011 telah menyerikan majlis ini.

Setelah diadakan taklimat, ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah Tahun 2012 mendapatkan senarai buku-buku latihan dan alat-alat tulis yang perlu disediakan. Mereka jua mendapatkan buku-buku kerja bagi anak masing-masing.

Ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah Tahun 2012 juga turut dibawa melawat ke bilik-bilik Prasekolah dan juga bilik-bilik khas.

Program orientasi ini akan diteruskan lagi pada 21 (Hari Isnin) dan 22(Hari Selasa) November 2011.
















ATURCARA
Hari Kedua
21hb November 2011, hari Isnin

8.00am hingga 10.00am
Kehadiran murid-murid Prasekolah Tahun 2012
"Ice-breaking"
Aktiviti nyanyian/membacakan buku

10.00am hingga 10.30an
REHAT

10.30am hingga 11.30am
Kegiatan Luar Darjah (Sukan Mini)
Permainan Bebas Membaca Surah Al-Asr


Hari Ketiga
22hb November 2011, hari Selasa

8.00am hingga 10.00am
Kehadiran murid-murid Prasekolah Tahun 2012
Circle Time
Aktiviti mewarna
Bermain belon
Bercerita/menonton televisyen

10.00am hingga 10.30an
REHAT

10.30am hingga 11.30am
Bermain air dan pasir
Aktiviti bebas di sudut-sudut
Membaca Surah al-Asr

(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)