Isnin, 8 Oktober 2012

Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2012

8 Oktober 2012, hari Isnin – Hari ini bermulalah peperiksaan Penilaian Sekolah bagi tahun 2012. Peperiksaan ini berlangsung selama 4 hari sehingga 11 Oktober 2012, hari Khamis. Di Sekolah Rendah Tentera Laut DiRaja Brunei (SRTLDB), peperiksaan ini diadakan di dewan sekolah. Seramai 41 orang murid SRTLDB menduduki peperiksaan ini pada tahun ini.
(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)


Kemas Kini Pada 10 Oktober 2012, hari Rabu
Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2
Murid-murid Tahun 6 SRTLDB sedang menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 di dewan SRTLDB pada pagi 10 Oktober 2012, hari Rabu. Mereka diawasi oleh dua orang guru pengawas peperiksaan dari sekolah lain.
(Gambar dan Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir)


Kemas Kini Pada 11 Oktober 2012, hari Khamis
Peperiksaan Sains Kertas 2
11 Oktober 2012, hari Khamis -- Hari ini adalah hari terakhir murid-murid Tahun 6 menduduki peperiksaan PSR. Kertas terakhir adalah Sains Kertas 2. 





(Gambar: Abdul Rashid bin Haji Tahir)