Rabu, 10 Oktober 2012

Tarikh Peperiksaan Kendalian Sekolah untuk Kelas Tahun 1 hingga Tahun 5 Sesi 2012

10 Oktober 2012, hari Rabu -- Minit Pemangku Pengarah Pendidikan (Bahagian Rendah) (Rujukan: JP/FSDRM/161A) bertarikh 10 Mac 2012 menyatakan bahawa Peperiksaan Kendalian Sekolah (School-Based Examination. Ringkasnya, SBE) untuk kelas Tahun 1 hingga Tahun 3 akan diadakan pada 6, 7, dan 8 November 2012 manakala untuk kelas Tahun 4 hingga Tahun 5 akan diadakan pada 6, 7, 8 dan 10 November 2012.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga murid Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara hendaklah memastikan bahawa mereka menerima makluman terkini dari pihak SRTLDB mengenai tarikh dan jadual peperiksaan melalui anak-anak mereka (dan juga dari laman blog ini).


(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

Terkini 22 Oktober 2012 - Perubahan Tarikh Peperiksaan Kendalian Sekolah
22 Oktober 2012, hari Isnin – Merujuk surat keliling Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara SRTL/AKA5/04 bertarikh 6 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan dengan 22 Oktober 2012, sukacita dimaklumkan kepada pihak ibu bapa dan penjaga murid SRTLDB bahawa Peperiksaan Kendalian Sekolah (School-Based Examination. Ringkasnya, SBE) bagi Tahun 1 hingga Tahun 5 akan diadakan pada 1(Khamis), 3(Sabtu), 5(Isnin) dan 6(Selasa) November 2012. 

Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan berikut ini:
Peperiksaan Kendalian Sekolah November 2012 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei
22 Oktober 2012, hari Isnin

(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir)