Isnin, 22 Oktober 2012

Peperiksaan Kendalian Sekolah November 2012 Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei

22 Oktober 2012, hari Isnin – Merujuk surat keliling Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara SRTL/AKA5/04 bertarikh 6 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan dengan 22 Oktober 2012, sukacita dimaklumkan kepada pihak ibu bapa dan penjaga murid SRTLDB bahawa Peperiksaan Kendalian Sekolah (School-Based Examination. Ringkasnya, SBE) bagi Tahun 1 hingga Tahun 5 akan diadakan pada 1(Khamis), 3(Sabtu), 5(Isnin) dan 6(Selasa) November 2012. 

Sehubungan dengan peperiksaan ini, murid-murid yang berkenaan adalah dimestikan hadir ke sekolah pada tarikh-tarikh tersebut. 

Pihak sekolah juga memohon kerjasama dari pihak ibu bapa dan penjaga murid sekolah ini untuk membantu dan memastikan anak masing-masing mengulangkaji pelajaran di rumah dan menyediakan alat tulis yang lengkap bagi peperiksaan ini. Semoga dengan adanya keprihatinan pihak ibu bapa dan penjaga murid, anak masing-masing akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Amin.

Berikut adalah jadual waktu Peperiksaan Kendalian Sekolah bagi Rendah Bawah dan Rendah Atas:



(Teks dan Grafik: Abdul Rashid bin Haji Tahir)