Khamis, 7 April 2011

Ceramah Biro Kawalan Narkotik

7hb April 2011, hari Khamis - Biro Kawalan Narkotik(BKN) telah mengadakan ceramah untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 di Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara pada 6 April 2011, hari Rabu. Ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari Cawangan Pendidikan BKN ini menyentuh jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan, akibat-akibat penyalahgunaan dadah, dan hukuman-hukuman bagi jenayah mengedar dadah.







(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)