Ahad, 3 April 2011

Tahniah! SRTLDB Juara Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Brunei IIB bagi Tahun 2011

17 Mac 2011, hari Khamis – Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah berjaya menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB bagi Tahun 2011. Mereka berjaya mengalahkan pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddien (SUAS), Muara dengan jaringan 5 berbalas 4, dalam perlawanan akhir kejohanan bola sepak ini yang diadakan di padang Sekolah Rendah Dato Mohammad Yassin (SRDMY), Perumahan Mentiri pada 16 Mac 2011, hari Rabu.

Berikut ini keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak SRTLDB sepanjang kejohanan ini:

Pusingan Pertama
SRTLDB Muara (4) vs SR SAB Sungai Besar (1)

Pusingan Suku Akhir
SRTLDB Muara (6) vs SR Tanah Jambu (3)

Pusingan Separuh Akhir
SRTLDB Muara (3) vs SR DMY Perumahan Mentiri (2)

Pusingan Akhir
SRTLDB Muara (5) vs SR SUAS Muara(4)




















(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairul bin Janif)