Jumaat, 8 April 2011

Majlis Penutup Bulan Sifir Tahun 2011

8hb April 2011, hari Jumaat -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Sifir bagi Tahun 2011 pada 31 Mac 2011, hari Khamis. Sempena dengan majlis ini, ahli jawatan kuasa bulan ini telah mengadakan pertandingan sifir bagi murid-murid Rendah Atas. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan: Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan disertai oleh seorang dari setiap peringkat Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6. Keputusannya ialah Kumpulan A telah berjaya memenangi pertandingan kuiz sifir ini. Manakala itu, sepanjang bulan Mac lalu, beberapa aktiviti khas sempena bulan Sifir telah diadakan seperti soalan sifir terkumpul.

Tiga orang peserta terbaik bagi setiap aktiviti bagi setiap kelas telah menerima hadiah masing-masing dalam majlis ini yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Juzailah Wati binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB. Pemenang pertandingan kuiz sifir juga menerima hadiah mereka.

Jurukuiz
Peserta Kumpulan B
Peserta Kumpulan A
Seorang daripada peserta bersedia untuk menjawab soalan kuiz sifir
Juri pertandingan kuiz
Pencatat markah
Keputusan pertandingan
Cikgu Hajah Juzailah Wati binti Haji Johari, Penolong Guru Besar SRTLDB, sedang menyampai hadiah kepada seorang pemenang bagi aktiviti yang diadakan di sepanjang Bulan Sifir.

(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir & Khairul bin Janif)