Selasa, 10 Mei 2011

Lawatan Penghakiman bagi Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar Tahun 2011

10hb Mei 2011, hari Selasa -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah menerima lawatan hakim-hakim Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar pada 5hb Mei 2011, hari Khamis. Mula-mula para hakim menyaksikan pembentangan slaid MS Powerpoint mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah berdasarkan tema 'Negaraku Kebanggaanku'. Pembentangan dibuat oleh murid-murid Tahun 5. Kemudian, mereka melawat pameran gambar-gambar dan hasil aktiviti yang telah dilaksanakan setakat ini.

Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar yang dianjurkan oleh  Bahagian Kaunselling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan pada tahun ini bertemakan 'Negaraku Kebanggaanku'. Pertandingan ini terdiri dari pembentangan slaid, pameran aktiviti-aktiviti yang diadakan, dan drama.









(Teks dan Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir)