Khamis, 5 Mei 2011

Majlis Penutup Bulan Tulisan 2011

5hb Mei 2011, hari Khamis -- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Tulisan 2011 di Dewan Sekolah pada 30 April 2011, hari Sabtu.  Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Kemudian diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Peraduan Tulisan Jawi, Peraduan Tulisan Rumi, dan Peraduan Projek Buku Bergambar. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SRTLDB, Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka; Penolong Guru Besar, Cikgu Hajah Juzailah Wati binti Haji Johari; dan Guru Kanan Pentadbiran, Cikgu Pengiran Royyeeman bin Pengiran Sulaiman. Acara penutupan rasmi Bulan Tulisan 2011 telah disempurnakan oleh Guru Besar SRTLDB. Acara diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Terdapat 3 aktiviti utama telah diadakan sepanjang Bulan Tulisan 2011 yang berlangsung dalam bulan April 2011, iaitu: Peraduan Tulisan Rumi, Peraduan Tulisan Jawi, dan Peraduan Membuat Buku Bergambar. Peraduan Tulisan Rumi dan Peraduan Tulisan Jawi melibatkan murid-murid dari Prasekolah hingga Tahun 6. Manakala Peraduan Projek Buku Bergambar hanya melibatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tahniah!





















(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairol bin Janif)