Sabtu, 7 Mei 2011

Majlis Perjumpaan PSR Bersama Ibu Bapa dan Penjaga Murid

7hb Mei 2011, hari Sabtu --  Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei (SRTLDB), Muara telah mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 tahun ini, pada 30hb April 2011, hari Sabtu di Dewan SRTLDB. Acara pada hari itu, dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa. Seterusnya Cikgu Hajah Rusunah binti Haji Paka, Guru Besar SRTLDB, menyampaikan taklimat beliau.

Kemudian, Cikgu Norasiah bin Haji Mohammad, Guru Kanan Akademik SRTLDB, menyampaikan taklimat strategi menghadapi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi murid-murid tahun ini. Taklimat ini adalah antara aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan bagi menghadapi peperiksaan ini.

Acara disudahi dengan bacaan surah Al-Asr. Seterusnya ibu bapa dan penjaga murid menandatangani Laporan Penilaian 1. Dalam sesi ini, mereka berpeluang membincangkan perkembangan akademik anak-anak masing-masing bersama guru anak-anak mereka.










(Teks: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Gambarfoto: Khairol bin Janif)